Selamat Datang Ke Sofiah
Homestay
(Homestay ini hanya
untuk muslim sahaja)
Kami menyediakan homestay
dengan mengutamakan keselesaan kepada anda sekeluarga. Selain menikmati keseronokan
melancong dan membeli barangan bebas
cukai, kemudahan penginapan dapat
memberi keselesaan bagai tinggal di rumah sendiri.
Lokasi
Sofiah Homestay terletak
di Kampung Bendang Baru, Mukim Kuah, Langkawi. Homestay ini terletak
berhampiran dengan Bandar Kuah dan menyediakan pelbagai kemudahan yang anda pasti
gemari. Anda
tidak perlu mengambil masa yang panjang untuk ke destinasi yang anda gemari di sekitar
Langkawi kerana lokasinya yang strategik dan hanya mengambil masa 5 minit
sahaja dari Jeti Kuah (bagi anda yang datang melalui feri) dan 30 minit dari
Lapangan Terbang Padang Matsirat (bagi
anda yang datang melalui kapal terbang).
Tidak lengkap percutian
anda jika tidak membeli belah di Bandar Kuah. Jarak dari homestay ke Bandar
Kuah hanya 3 minit sahaja. Selain dari
itu sekiranya anda ingin membeli barangan runcit terdapat kedai runcit
berdekatan dengan homestay dan anda boleh berjalan kaki ke sana. Anda juga
boleh memilih restoran dan pelbagai kedai makan yang anda sukai berdekatan
dengan homestay.
Kawasan-Kawasan
Berdekatan.
--> 3
km dari jeti
--> 1 km
dari Pekan Kuah
--> 6
km ke Taman Burung.
--> 7 km ke Galeria Perdana dan Mangrove Tour.
--> 12 km ke Air Hangat Village.
--> 3 km ke Idaman Suri.
--> 2 km ke Ismail Group.
Antara Kemudahan
Yang Disediakan
* Homestay ini terdapat tiga bilik tidur dan dua bilik air. Bilik utama
dilengkapi dengan set katil queen serta aircond dan kipas siling. Bilik kedua juga set
katil queen dan bilik ketiga disediakan dua katil single dan kipas siling.
* Ruang tamu dilengkapi dengan set sofa, tv dan
astro serta kipas siling.
* Ruang makan dilengkapi dengan meja makan dan
kipas.
* Ruang dapur yang dilengkapi dengan peti
sejuk, dapur dan peralatan memasak,
Pinggan mangkuk, rice cooker, pemanas
air dan mesin basuh.
Peralatan/Kemudahan
Tambahan
1.
5 helai tuala dan sabun mandi.
2.
Tilam "TOTO" dan 7 bantal serta 3
bantal comel.
3.
Seterika dan board.
4.
Sejadah dan telekung.
5.
Gula dan teh/kopi
6.
Tisu